My Pusat Khidmat Log masuk

Untuk pejabat YB, ADUN dan Ahli Parlimen

Sistem pengurusan pejabat wakil rakyat.

Aduan, aktiviti, bantuan, jemputan dan kewangan pejabat — direkod di satu tempat, berjejak, dan senang dilaporkan.

Video · 1 minit 22 saat

Lihat bagaimana ia berfungsi.

Kerja dah buat, tapi rekod berterabur. Nak sediakan laporan pun susah.

  • Aduan tiada PIC, status dan tarikh akhir.
  • Program tiada bukti gambar dan kehadiran.
  • Jemputan bertembung, kehadiran YB tak direkod.

Ciri utama

Setiap kerja pejabat ada rekodnya.

Aduan rakyat

Setiap aduan dapat rekod, PIC dan status.

Pegawai key-in terus dari Discord atau WebApp semasa di lapangan. Rakyat diberi nombor rujukan untuk semakan susulan, dan setiap perubahan status tercatat.

Aktiviti & media

Muat naik gambar program, team media terus dimaklumkan.

Gambar disusun mengikut program, tarikh dan lokasi. Pautan siaran di Facebook, TikTok, Instagram dan Threads turut disimpan. Senang dicari semula bila diperlukan.

Kalendar & jemputan

Setiap jemputan ada keputusan, dan kehadiran YB direkod.

Jemputan masuk ke kalendar YB. Jadual bertembung diberi amaran awal. Tak dapat hadir? Hantar wakil, atau beri sumbangan terus dari Tabung Pejabat.

Bantuan & kebajikan

Permohonan bantuan berulang dikenal pasti sebelum bantuan disalurkan.

Setiap permohonan disemak mengikut IC, skim dan tempoh. Setiap kelulusan direkod dengan nama pegawai.

Peruntukan & kewangan

Satu Tabung Pejabat untuk semua wang masuk dan keluar.

Wang masuk direkod mengikut sumber. Belian, bantuan tunai dan sumbangan jemputan ditolak terus dari tabung. Laporan sedia dieksport ke PDF atau Excel.

Dashboard YB

Apa yang berlaku di kawasan, dalam satu skrin.

Aduan, aktiviti dan bantuan dipaparkan di atas peta kawasan. Ketik satu kawasan untuk lihat pecahan dan rekodnya. Cetak ke PDF atau muat turun CSV.

Nama, angka dan nombor rujukan dalam contoh skrin di atas ialah contoh.

Dan banyak lagi

Satu sistem untuk seluruh pejabat.

Program Anjuran

Dari cadangan dan kelulusan hingga laporan. Bajet lawan belanja sebenar, tugasan persediaan dan kehadiran.

Tugasan

Setiap tugasan ada PIC dan tarikh akhir. Peringatan dihantar melalui Discord dan dalam aplikasi.

Belian & Stok

Imbas resit, barang terus masuk stok. Setiap barang keluar ada penerimanya.

Rakyat

Profil rakyat dengan sejarah aduan, bantuan dan kehadiran program.

Dokumen

Surat, minit mesyuarat dan SOP disimpan berpusat. Cari dengan kata kunci.

Laporan

Ringkasan mingguan dan bulanan pejabat dijana sendiri.

Di lapangan

Pegawai rekod terus dari Discord.

Tak perlu buka komputer. Pegawai muat naik gambar, resit dan bukti terus dari telefon, dan semuanya masuk ke rekod pejabat yang sama.

  • /uploadMuat naik fail ke pusat khidmat
  • /programRekod gambar & detail program
  • /aduanLampirkan fail kepada aduan sedia ada
  • /resitRekod resit belian
  • /tugasanTandakan tugasan selesai, dengan bukti
  • /bantuanLampirkan bukti agihan bantuan

Keselamatan data

Dibina untuk data rakyat yang sensitif.

IC disulitkan & bertopeng

Dipapar ••••••-••-5521. Paparan penuh hanya dengan kebenaran khas — dan setiap paparan direkod.

Log audit menyeluruh

Kelulusan, perubahan peruntukan dan pemadaman direkod: siapa, bila, apa.

Data setiap pejabat diasingkan

Pengasingan di peringkat pangkalan data — bukan sekadar di skrin.

Data anda milik anda

Eksport penuh bila-bila masa.

Kurang masa mengingat. Lebih masa berkhidmat.

Log masuk